Polisi Peribadi
Maklumat Peribadi – Notis dan Keizinan
NEW HOONG FATT
Para Pelanggan / Pembekal / Pemegang Berkepentingan Yang Dihargai,
Kumpulan New Hoong Fatt, yang termasuk syarikat induk, subsidiari ((termasuk AG Advanced Tech Sdn. Bhd) dan mana-mana syarikat yang berkenaan, komited dalam memastikan maklumat peribadi anda dilindungi. Kami menghormati privasi anda dan memastikan bahawa data peribadi anda terjamin serta dilindungi seperti yang telah diperuntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sebagai pelanggan/pembekal/pemegang berkepentingan kami yang dihargai, kami berbesar hati untuk menyalurkan maklumat mengenai promosi terkini, program atau acara yang kami laksanakan menerusi panggilan telefon, faksimili, pos dan emel.
Bagi tujuan tersebut, Kumpulan New Hoong Fatt memproses maklumat peribadi anda, seperti maklumat perhubungan, maklumat latar belakang, data kewangan/peribadi seperti borang EA, agama, tarikh lahir, umur, butir-butir-butir akaun bank dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan akaun anda dengan kami, yang mana anda telah sebelum ini berikan menerusi perhubungan dengan kami. Jika anda merupakan sebuah pertubuhan korporat, maklumat ini akan termasuk maklumat peribadi pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham dan/atau setiausaha syarikat anda. Kumpulan New Hoong Fatt juga boleh memperolehi maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga seperti majikan anda, penjamin, persatuan-persatuan berkaitan industri, biro-biro kredit atau agensi-agensi rujukan kredit, penjualpenjual, rangkaian sosial atau organisasi-organisasi lain.
Adalah dimaklumkan bahawa maklumat peribadi anda sedang diproses oleh Kumpulan New Hoong Fatt untuk tujuantujuan berikut (“Tujuan”):
- menyediakan produk dan perkhidmatan kami yang telah anda langgani serta memaklumkan anda tentang sebarang perubahan penting atau perkembangan tentang ciri-cirinya;
- pemberian maklumat kepada pembekal servis, agen dan/atau kontraktor dari masa kesemasa untuk membantu kami membekal serta memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan untuk tujuan penyelidikan dan analisis;
- pencegahan, pengesanan atau pendakwaan jenayah, dan pematuhan undang-undang dan peraturan; penjualan saling, pemasaran dan promosi termasuk untuk menjalankan tawaran dan pertandingan;
- perhubungan dan memastikan kepuasan pelanggan, yang mungkin termasuk menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami, membalas pertanyaan dan aduan serta untuk menyelesaikan percanggahan secara umumnya;
- penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami anggap perlu; pungutan pembayaran atau hutang yang belum dijelaskan, jika ada;
- penyimpanan rekod dalaman kami;
- melindungi kepentingan Kumpulan New Hoong Fatt Group dan tujuan sampingan atau tujuan lain yang berkenaan.
Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan New Hoong Fatt, pembekal servis, rakan-rakan kongsi strategik, penjual-penjual termasuk penasihat professional, agensi-agensi pemungut hutang, persatuan-persatuan berkaitan industri, biro-biro kredit atau agensi-agensi rujukan kredit, agensiagensi kerajaan, sama ada yang terletak di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan New Hoong Fatt perlu memproses maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, tanpanya Kumpulan New Hoong Fatt tidak akan dapat menyediakan produk and perkhidmatan yang anda minta daripada kami.
Anda boleh meminta akses, membuat pembetulan kepada, atau menghapuskan maklumat peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini. Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan maklumat peribadi anda boleh disalurkan secara bertulis kepada alamat berikut:
New Hoong Fatt Holdings Berhad
Lot 5043, Jalan Teratai, Meru
41050 Klang, Selangor
Telephone number: +603-3392 6818 Facsimile number: +603-3392 6808
Email: enquiries@newhoongfatt.com.my
Kumpulan New Hoong Fatt berhak mengubahsuai atau mengemaskini notis ini bila-bila masa.Walau bagaimanapun, versi terkini notis privasi ini terdapat di laman web (www.newhoongfatt.com.my) dan anda boleh menyemak laman web ini untuk memperolehi maklumat terbaru mengenai amalan privasi Kumpulan New Hoong Fatt.
Kami percaya bahawa anda mengizin dan bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami di atas. Jika anda tidak mengizinkan, sila hubungi kami melalui maklumat perhubungan di atas. Kami mengucapkan terima kasih untuk sokongan anda yang berterusan.
Yang benar,
New Hoong Fatt Holdings Berhad